KETAKUTAN HAZRAT ABU BAKAR R.A TERHADAP ALLAH S.W.T

Menurut ijma’ (kata sepakat) ahli sunnah wal jama’ah, Hazrat Abu Bakar r.a ialah lelaki yang paling afdal selepas para nabi a.s. Kedudukan beliau sebagai ahli syurga sudah pasti. Nabi sendiri pernah memberi berita gembira kepada beliau tentang kedudukan beliau di dalam syurga. Bahkan diberitahu bahawa beliau akan menjadi ketua kepada satu kumpulan ahli syurga. Semua pintu syurga akan menyeru dan memanggil nama beliau.

Baginda pernah bersabda, “Abu Bakar ialah orang yang mula-mula sekali akan memasuki syurga di kalangan umatku.”

Walaupun mempunyai segala kelebihan ini, kadang-kadang beliau berkata. “Alangkah baik andainya aku sebatang pokok yang akan ditebang.”

Kadang-kadang beliau berkata. “Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang akan dimakan oleh haiwan temakan.”

Kadang-kadang beliau berkata. “Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan seorang mukmin.”

Pada suatu ketika beliau telah memasuki satu kebun dan melihat seekor haiwan sedang duduk. Beliau menghela nafas panjang sambil berkata, “Betapa gembira hidupmu. Kamu makan, kamu minum. kamu ke sana dan ke mari di bawah naungan pokok-pokok dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisaban pun ke atasmu. Alangkah baiknya kalau Abu Bakar seperti kamu.” [Tarikhul Khulafa’]

Hazrat Rabi’ah Aslami r.a menceritakan, “Pernah sekali berlaku pertengkaran antara saya dengan Hazrat Abu Bakar r.a kerana sesuatu perkara. Beliau telah mengatakan sesuatu yang kasar terhadap saya yang saya tidak suka. Beliau segera menyedari keadaan itu dan berkata kepada saya, “Engkau pun katakanlah perkataan itu kepada saya supaya menjadi balasan terhadap saya.

Saya enggan mengatakan perkataan itu. Maka beliau pun berkata, “Sama ada engkau katakan perkataan itu kepada saya atau pun saya akan pergi dan ajukan perkara ini kepada Rasulullah s.a.w,
Saya tetap enggan daripada menyuarakan sebarang jawapan. Lantas beliau telah bangun dan terus pergi. Beberapa orang daripada Banu Aslam datang dan berkata, “Adakah ini satu perbuatan yang wajar? Dia yang membuat kesilapan dan dia juga yang Ingin adukan kepada Rasulullah s.a.w”

Saya menjawab, “Adakah kamu mengetahui siapa beliau? Beliaulah Hazrat Abu Bakar Siddiq: Sekiranya beliau merajuk denganku maka Rasul yang dikasihi Allah s.w.t juga akan memarahi aku. Dengan kemarahan Baginda s.a.w, Allah s.a.w juga akan memurkai aku. Jika demikian, tidak ada apa-apa keraguan lagi pada kebinasaan Rabi’ah.”

Selepas itu saya pergi menemui Rasulullah dan menceritakan peristiwa tadi. Baginda s.a.w pun bersabda, “Tindakan kamu itu betul, memang sepatutnya engkau tidak menjawab dan tidak membalas terhadap, beliau. Cuma sebagai ganti katakanlah, “Wahai Abu Bakar, semoga Allah mengampuni kamu.”

 

Keterangan

Demikian itulah sifat ketakutan Hazrat Abu Bakar r.a kepada Allah s.a.w. Beliau begitu risau dan mengambil berat tentang satu perkataan yang remeh sehingga pada mulanya beliau sendiri yang meminta supaya dibalasi dan kemudian dengan perantaraan Rasulullah s.a.w, beliau ingin supaya Hazrat Rabi’ah r.a mengambil tindakan balas. Pada hari ini, sungguhpun banyak perkataan yang kita ucapkan antara satu sama lain namun kita tidak pun terfikir yang kita akan dibalasi atau pun kita akan dihisab di akhirat nanti.

Posted on 23 Juni 2012, in Tak Berkategori. Bookmark the permalink. Tinggalkan komentar.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: